" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Camping at Broga Hill *throwback}
Saturday, July 13, 2013 | 4:47 PM | 0Comment


hai assalamualaikum semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaa! :> 
sorry dah lama sangat tak online, tak update blog ni. bukan apa, malas.. dengan laptop yang cepat teramat kalah kura-kura ni memang ada la pulak mood nak online selalu kan -_-
so today, nak cerita kembali cerita cerita yang belum ku ceritakan sebelum ni hihiks! 

yeap, ini pasal camping anjuran DBKL dan JAS selama 3 hari 2 malam! weeehhhuuuuuuuuuhoooo :DD
well , aku tak pernah pergi camping sebelum ni. then camping ni pulak free of charge, tak payah bayar apa-apa, so teringin la kan nak try! hehe. and guess what?! the first time aku pergi camping dah macam "THIS IS THE BEST CAMPING EVER WEHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!" hahaha kira camtu gak ah en dalam hati ceh .
okay mari kita cerita daripada mula :p

bertolak dari sekolah pukul 2.30 petang hari jumaat . naik avanza yang memuatkan hanya 4 orang gadis iaitu Aina, Minhalina, Meeya, Athirah didalam nya dan seorang pemandu serta guru pengiring iaitu cikgu Aik Ling.
dalam van tu terasa best sangat ! sejuk dia hehehehe the best weh . dahla tak sempit sedangkan sebuah lagi avanza tu ada la 7 orang kot naik tu pun dak2 f5 tapi cina. so yeah terasa keberuntungan di situ mwehehehhe :3 then tetiba kitorang dibawa ke sekolah Raja Ali near jalan Ipoh. sekolah dia besarr wuu. lawa ah gak macam asrama tapi Wangsa Melawati paling sangat memang the lawa awesome ah kan! hahaha. tapi yang awkwardnya, kitorang di pandang pandang oleh mereka . idk apa yang kitorang buat kt dorang sampai nak pandang2 camtu . cungkil mata tu kang haaaa! amboi.
ok motif dtg situ adalah sebab kitorang terpaksa di drop di situ dan kemudiannya menaiki erm apa ye nama kenderaan tu.... ada tempat letak barang kat belakang and not too small not too big. haaaa pandai2 lah bayangkan sendiri yew. hahaha.
tapi best ah. dapat karoeke dalam kenderaan tu . tapi dorang jela kan yang karoeke . suara sedap en, takpelew hm ~ ceh haha. driver kitorang pulak peramah orangnya . mana taknya naik kepala kitorang dalam tu wkwkwkwk :3 dah la pakcik tu comel haha rindu pulak hm.

perjalanan kami mengambil lebih kurang 2 jam kot untuk sampai sana . jam pun sekejap je so okaylah, not bad even masa tu tengah jerebu.........pft :( tapi apa-apa pun, camping harus diteruskan! hewhew .
okay sampai je sana, kitorang teruja gila ah! dah la duduk kat resort en . haha taklah, dia macam dorm tapi tah kenapa dipanggil resort acah acah lettew . haha . dahla angin kat situ bak datang sejuk . best, nyaman je tau! tapi kalau jerebu tak wujud masa tu, mesti lagi best lah kan hm cedih.

sampai sana dah macam lewat gak ah, 5.30 ke pkul 6 tah tapi kitorang dipaksa duduk dalam dewan kt situ and menari . ha ha ha ha . aku masa tu dah macam apa dah . yelah, mana reti nak nari bagai ni . ish benci betul . haha . tapi disebabkan cikgu Jinggo (pengacara/ketua/penganjur/apa tah untuk kem tu) semacam je pandang orang if tak nari, aku pun buatbuat sukaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaaa menari! hahahaha . mengundang eh. and luckily, tarian dia and lagu dia best . kalau tak........ nak je tersungkur tidur terus kat situ ngantuk kot! haha k . then lepas berapa minit tah, kitorang dibenarkan masuk bilik mengikut kumpulan and kumpulan aku katak while dorang kambing . sumpah mengundang do . kesian aku sorang sorang kumpulan katak ong gedek gedek tu urgh . tapi nasib baik dapat tidur sama bilik dengan dorang! kalau tak, merana menangis aku teresak-esak lain bilik ngn dorang . haa gitu katekoo .

oh yaaa , kitorang setiap waktu solat , kene solat berjemaah . yang diimamkan oleh cg Ustaz Ejul hehe. alhamdulillah dapat 27 pahala kan :'> pastu makan pulak amboi kemain banyak time makan kau . baguslah en, aku dpt jugak gemukkan badan yang tak gemuk gemuk ni hmph . haha . okay ni belum sampai aktiviti lagi tapi dah mcm karangan SPM zzzzz okay jom cepat sikit

malam jumaat tu , kene masuk pinggir hutan *eleh pinggir je pungggg* haha ye pinggir je .
malam tu kene cari daun kumpulan masing2 sambil pegang tali and bawak ahli kumpulan sampai akhir tali tu .
oh lepastu kene tutup mata guna kain merah yang diberikan . (kain tu jgk kene pakai everyday) and the sad thing was, katak la satu satunya kumpulan yang tak lepas aktiviti ni . sedih , malu , bengang , kecewa semua ada . haih . apa-apa pun terpaksa la terima en, nak buat mcm mana hm~
pastu setiap kali habis each aktiviti, mesti ada sorang dua kene cakap apa pengajaran yang dia dapat daripada aktiviti tersebut . and the most person yang talkative were Fahmy and Khidtisak kot nama dia tapi dorang panggil anak siam haha tapi muka dia mcm org Melayu kot o.O yeah dorang macam berbakat besar ah gak . percakapan dorang macam woOwW! yeap dorang dua daripada sekolah Raja Ali , good job guys goodjob :D

aktiviti seterusnya (keesokan harinya) masuk hutan. ha ni betul2 hutan tau . bukan pinggir or hulu or hilir haha . penat gak ah daki wateve semua tu . tapi best . yeap semua lah best . pastu makan solat semua tu then makan . haa pasal makan, harihari kitorang makan satu meja dengan cikgu Zaim, cikgu Omar, cikgu Jinggo, cikgu Ejul. wahahaha duduk dengan dorang ni memang gelak sakan! sumpah lawak dorang . sporting pun sporting . hensem pun hensem . baik pun baik . haha dorang memang superb lagi lagi masa sama sama cakap "rilek brader brader rilek" kitorang kat situ duk terkekek kekek gelak and tahan gelak . haha comel betul . dahla suka makan kicap xD
then petang tu pulak masuk lumpur. euw geli do . dahla busuk, bau macam lembu! yucks . haha tapi terpaksa redah jugak lah, pengalaman kan :p then mandi kat dalam kolah or kolam warna hijau untuk bersihkan badan . derr mana ada takut oh, dahla tanah dlm air tu macam jerelus . ala yang tarik2 kaki kita ke bawah tu . ha mana tak scary weh . dahla aku pendek en . haha . and aku jadi org second last keluar dari kolam tu pfft . Meeya, Min, Athirah dh lama lepas tapi dorang kebelakang balik semata-mata nak ambik aku . awwh sumpah yg tu comel and sweet gila . menjerit je kitorang kat situ haha . *pengalaman paling sweet yang pernah aku lalui :') <3
and malamnya pulak ada buat aktiviti sikit, and persembahan . siyes best *thumbs up*

hari terakhir kat situ kitorang kene naik bukit broga!!!!!!!!!! yeyayeyayysyysyayyeyyayayyyeayy *scream*
dengan kasut yang basahnya, dengan tak mandinya (tak mandi pagi sbb air sejuk dia boleh bekukan otak k tu tipu) and kene bagun awal yg tak tahan tu huaaaaaa >< tapi digigihkan juga,akhirnya pkul 5 bangun and terus bertolak naik kereta cg Jinggo xD haha first time daki bukit wuuh best (Y) dahla gelap au masa tu, pastu tak bwk torchlight pastu ramai gilo orang (berapa banyak pastu kau nak na). so bergantung jela kat siapa siapa yang berdekatan dgn aku masa naik bukit tu zz
hampir sejam ke brp jam tah, kitorang selamat sampai!! masa tu rasa mcm nak menjerit sekuat hati biar ibu kt rumah dgr yang anak dia yang comel ni dah berjaya daki bukit setinggi berapa meter tah hahahaha .
yes, happy gilasshh ^__________^
namun, nasib tidak menyebelahi kami semua........................................
disebabkan jerebu, pandangan untuk melihat matahari terbit dari atas bukit tu terhalang . sedih en sedih en? *nah tisu* hm sedih oh tapi hm acara fotografi di atas bukit tetap dijalankan ceh! ahahhaha.
lastly masa nak turun tu erm salah pilih jalan. so kitorang menjalani jalan yang lebih sukar ketika menuruni bukit tersebut . redha jelaa yang mampu en -_-

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

sampai kat tempat penginapan kitorang, terus makan then mandi . oh heaven!
tapi sedih ah . kem dah sampai ke penghujungnyaa hurm :( last moment ah makan ngan fasci kitorang masa sabtu. ahad tu tinggal cg Ejul je sbb cg Omar and cg Zaim ada kem lain pulak . pastu aktiviti pun dah habis . sedih je .
and tengahari tu hanya acara perpisahan jelah yang tinggal . cg Jinggo pasang lagu sedih , memang tak sedih la pulak aku kan kt situ. mata tahan je ugh . last thing kitorang buat kat situ adalah nyanyi lagu 'Heal the World by Michael Jackson' lagi sedih ada lah kan ya Allah :( serious taknak berpisah drpd kem tu . best dia teramat . takleh nak cerita kat orang . harap sangat dapat pergi lagi . ok tu jela penat dah tangan . hm :(
tengok gambar la pulak eh?


students of Wmians and Raja Ali


lots of love <3



us with Cg Zaim :))


Katak's group :)

Athirah , Aina , Meeya , Minhalina :*


aims high tapi senget lol -,-


with Minot :3


kesimpulannya , kem ni sangat best . dengan bantuan cg Jinggo serta para fasci yang hensem and awesome belaka kitorang sangat enjoy kem ni! Thanks to pihak DBKL and Jabatan Alam Sekitar sebab anjurkan program macamni untuk anak muda seperti kami . kami hargainya sangat sangat sebab macam macam telah diberikan dan banyak aktiviti yang menarik dan mencabar telah kami lalui dan tempuhi . inshaAllah , kami semua akan menjadi lebih prihatin dan bertanggungjawab akan alam sekitar selepas ini . terima kasih banyak banyak kepada semua pihak yang terlibat saya sayang semuanya! hehe marilah sama sama menjaga alam sekitar sebelum semuanya terlambat :> 

THE AMAZING CAMPING EVA! xo
rindu sangat kem ni .rindu sangat tersangat amat teramat gila tergila ahhhhhhh